Peniaga online dicekup cakap lucah, tunjuk kemaluan

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohamad Lazim

KUALA LUMPUR - Polis memberkas seorang peniaga dalam talian yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya serta bercakap lucah melalui panggilan video terhadap seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita terbabit pada jam 4.50 petang 17 Mei lalu.

Iklan
Iklan

"Suspek yang juga pencipta kandungan (content creator) telah menunjukkan alat sulitnya dan bercakap lucah dengan wanita tersebut dan pengadu telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohamad Lazim berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita terbabit telah berkenalan dengan suspek sejak awal bulan Mei melalui aplikasi Instagram.

Iklan

"Wanita itu pernah berjumpa dengan suspek sebelum ini," katanya.

Mohamad Lazim berkata, susulan daripada laporan itu, polis berjaya menahan suspek berusia 27 tahun bagi siasatan lanjut, pada jam 2.25 petang, Rabu.

Iklan

"Suspek telah diberi jaminan polis, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati sewaktu menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang baru dikenali.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, orang ramai boleh menyalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau balai polis berdekatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!