Tun M cabar Anwar tunjuk bukti dakwa curi duit berbillion

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberitahu keberadaan wang kerajaan yang didakwa dicuri dan dimiliki beliau.

Dr Mahathir berkata, beliau sanggup membawa pulang seratus peratus duit yang dikatakan ada padanya dan diderma kepada orang miskin.

Iklan
Iklan

Katanya, namun Anwar perlu memberitahu di mana duit itu berada terlebih dahulu.

"Mungkin ada di bank Switzerland, saya sanggup bersama Anwar pergi ke bank di Switzerland dan minta bank tunjuk akaun saya seperti Datuk Seri Najib Tun Razak ada akaun dalam Ambank.

Iklan

"Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. Seratus peratus duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu," ujarnya menerusi hantaran di X pada Khamis.

Terdahulu, Anwar mendakwa Dr Mahathir mencuri berbillion duit kerajaan semasa menjadi Perdana Menteri.

Iklan

Tambah Dr Mahathir, jika tidak ada akaun di bank atau dimana-mana sanggupkan Anwar menjawab di mahkamah.

"Jika tidak sanggup berhenti dari membuat tuduhan yang tidak berasas. Saya sudah dakwa jika Anwar tuduh juga saya curi duit, saya akan dapat keputusan mahkamah supaya Anwar membayar RM150 juta kepada saya.

"Sebenarnya, saya hairan kerana tidak pernah tengok duit ini dan tidak tahu di mana duit ini ada. Yang tahu ialah Anwar kerana dia yang mendakwa saya miliki duit berbillion," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!