11 lagi ADUN Bersatu serah Surat Arahan MPT

Iklan
Hamzah Zainudin (tengah) menerima Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada Khamis.

SHAH ALAM - Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) setakat malam ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi laman Facebook pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Sebentar tadi saya menerima 11 lagi dokumen MPT yang telah ditandatangani, diperakukan dan disempurnakan oleh 11 ADUN Selangor dari Bersatu.

"Kesemua dokumen tersebut diserahkan kepada saya oleh ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin dan ADUN Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya," katanya.

Iklan

Terdahulu, seramai 41 daripada 60 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari lapan negeri telah menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) setakat ini.

Lapan negeri tersebut ialah Kedah seramai 11 ADUN, diikuti Perak sembilan orang manakala masing-masing lima bagi Perlis, Terengganu dan Kelantan sementara dua bagi Johor, Pahang serta Melaka.

Iklan

Sebelum ini, Bersatu dilapor memberi tempoh 14 hari kepada ADUN dan Ahli Parlimen parti itu untuk membalas dan menandatangani Surat Arahan MPT bermula 17 Mei dan berakhir pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!