Dua kejohanan golf antarabangsa di Selangor Jun ini

Iklan
Amirudin (empat dari kanan) menyaksikan penyerahan cek tajaan bagi PKNS Selangor Masters.

DUA kejohanan golf antarabangsa akan berlangsung di Kelab Seri Selangor Jun ini.

Ia membabitkan Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor berlangsung dari 13 Jun hingga 15 Jun disusuli PKNS Selangor Masters dari 19 Jun hingga 22 Jun.

Iklan
Iklan

Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor anjuran UUM International School Melaka dengan kerjasama Persatuan Golf Malaysia (MGA) menjadi platform mencungkil bakat muda berusia 12 hingga 18 tahun membabitkan kategori individu dan berkumpulan lelaki dan perempuan.

Juara kategori individu lelaki diberi peluang menyertai PKNS Selangor Masters yang merupakan medium penting untuk pemain golf muda menimba pengalaman bersaing dalam kejohanan profesional.

Iklan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kedua-dua kejohanan itu merupakan komitmen kerajaan negeri untuk membangunkan sukan golf di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Amirudin (dua dari kiri) pada sidang akhbar Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor di Kelab Seri Selangor pada Khamis.

"Menerusi kejohanan ini, kami menyediakan bakat muda untuk memberi saingan kepada pemain luar negara dari Korea Selatan, China, India, Filipina, Thailand, Indonesia, Australia, Bangladesh, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu.

Iklan

"Kami berharap pemain muda negara dapat peluang menimba pengalaman bersaing dengan pemain top junior dari Asia Pasifik," katanya pada sidang akhbar kejohanan tersebut di Kelab Seri Selangor pada Khamis.

Selain itu katanya, kerajaan Selangor bakal menawarkan biasiswa pemain terbaik dari negeri itu untuk menjalani latihan dan meningkatkan kemahiran golf di UUM International School Melaka.

Ujar beliau, dijangkakan lebih 100 peserta akan menyertai Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor.

Sementara itu Amirudin berkata, PKNS Selangor Masters dianjurkan PKNS dan merupakan sebahagian daripada kalender golf antarabangsa bersama Asian Development Tour (ADT) serta Toyota Tour.

"Kejohanan profesional tahun ketiga ini turut mendapat sokongan daripada Gamuda Land selaku penaja utama.

"PKNS Selangor Masters menawarkan hadiah sebanyak AS$175,000 dan akan mendapat merit ADT.

"Sepuluh pemain terbaik pada akhir musim akan mendapat kad Asian Tour untuk tahun depan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!