RM7,000 sebulan kerja tukang sapu di Singapura

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada 20 Mei lalu. Gambar kecil: Sya Kirin

JOHOR BAHRU – Gaji tinggi faktor utama anak muda di negara ini sanggup ulang-alik setiap hari untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura.

Menurut bapa kepada seorang anak dari Ulu Tiram, Sya Kirin Asari, 29, dia memperoleh gaji RM6,000 hingga RM7,000 (SGD1,800 hingga SGD2,000) sebulan sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Namun katanya, jadual waktu kerja di negara berkenaan agak padat iaitu selama 12 jam sehari bagi tempoh enam hari bekerja.

"Saya bekerja dengan pelbagai bangsa setiap hari dan ada kalanya akan berlaku miss-communication (salah faham) dan kebanyakannya sentiasa mementingkan diri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Sya Kirin (kiri) sedang bertugas. Khairul (kanan) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan

Akhbar ini pada 20 Mei lalu melaporkan pendedahan Persatuan Pengurusan Pembersihan Malaysia (MACM) mengenai situasi sektor pekerja pembersihan di negara ini yang tidak berjaya menarik minat golongan muda atas beberapa faktor terutama gaji rendah.

Dianggarkan penglibatan golongan tersebut yang berusia 40 tahun ke bawah tidak sampai satu peratus manakala yang berusia antara 49 hingga 41 tahun sekitar sembilan peratus.

Iklan

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja selaku pekerja pembersihan di Singapura, Khairul Hafizi, 39, berkata, dia menerima RM6,000 (SGD1,800) sebulan untuk kerja tidak sampai lapan jam sehari.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, kerja selaku pekerja pembersihan di negara berkenaan memerlukan komitmen tinggi.

"Dah 13 tahun saya bekerja di Singapura dan selama itu jugalah saya berulang-alik dengan menaiki motosikal. Saya bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi.

"Berdasarkan pengalaman, masa kerja saya singkat tetapi menerima imbuhan gaji yang lumayan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!