Rawatan medan untuk jemaah di Muzdalifah

Iklan
Keadaan ketika jemaah bermabit di Muzdalifah yang tiada khemah. Gambar hiasan

MAKKAH - Tabung Haji (TH) menerusi unit perubatannya akan mewujudkan pasukan perubatan berkonsepkan rawatan medan di Muzdalifah ketika operasi Masyair pada musim haji tahun ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Abdul Marsudi Manah berkata, ia bertujuan untuk menyalurkan perkhidmatan perubatan secara terus kepada jemaah, selain memastikan jemaah dapat menjaga larangan berihram.

Iklan
Iklan

"Untuk Muzdalifah kita ada pasukan perubatan ‘combat madson’ atau perubatan yang berkonsepkan rawatan medan yang bermaksud kita akan beri rawatan dengan apa yang ada di situ.

"Contohnya kalau di hospital, kita nak rawat pesakit ada katil tetapi di Muzdalifah kita rawat di atas padang pasir.

Iklan

"Pada masa sama, kita juga perlu ambil berat bahawa jemaah ini masih dalam keadaan ihram, jadi kita tak boleh guna plaster, takut bulu tercabut, nanti bayar dam pula,” katanya ketika ditemui petugas media di Ibu Pejabat TH baru-baru ini.

Jemaah haji Malaysia akan bermabit di Muzdalifah selepas wukuf di Arafah.

Iklan

Beliau berkata, operasi Masyair merupakan fasa kritikal bagi pasukan perubatan kerana perlu memastikan 31,600 jemaah haji dapat berwukuf di Arafah.

"Yang penting adalah Safari Wukuf, yang mana bagi jemaah haji yang uzur kita akan bawa dari pusat rawatan haji Makkah itu berwukuf di Arafah seketika, selepas berwukuf di Arafah kita akan bawa balik ke pusat rawatan TH,” katanya.

Menurutnya, unit perubatan tersebut memainkan peranan yang cukup penting dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

"Perkhidmatan kesihatan yang kita sediakan bermula dari jemaah haji menjejakkan kaki di Madinah atau Makkah sehingga jemaah berangkat balik ke Malaysia.

"Kita mempunyai sasaran untuk memastikan perjalanan jemaah haji Malaysia merupakan perjalanan ibadah haji yang terbaik,” katanya lagi.

Dr Abdul Marsudi berkata, jumlah keseluruhan petugas perubatan TH bagi musim kali ini adalah seramai 278 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan.

"Kita bukan hanya sediakan doktor pakar perubatan tapi dibantu juga pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan dan unit sokongan makmal serta pergigian.

"Jumlah 278 petugas ini terbahagi kepada 40 peratus petugas berpengalaman dan selebihnya petugas baharu,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa tugas unit perubatan terbahagi kepada lima fasa yang bermula dengan fasa pembukaan yang berkaitan fasiliti dan seterusnya fasa sebelum wukuf.

"Fasa kedua iaitu fasa sebelum wukuf ini kita sasarkan untuk sediakan jemaah haji berwukuf. Kemudiannya fasa Masyair iaitu fasa yang paling kritikal.

"Fasa keempat pula adalah pasca Masyair yang mana kita masih teruskan perkhidmatan kesihatan tapi fokus kami adalah untuk pastikan jemaah dapat balik ke Malaysia. Yang terakhir barulah fasa penutupan,” katanya.

Menurutnya, untuk melancarkan perjalanan operasi haji setiap fasa ini diletakkan sasaran yang perlu dicapai petugas kesihatan dan setakat ini beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!