Kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan - Takiyuddin

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

SHAH ALAM - Prinsip kedaulatan undang-undang serta peranan pihak berkuasa sebagai pelindung kepentingan awam perlu dipertahankan dalam semua keadaan tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya percaya isu-isu seperti pendakwaan terpilih, kronisme, buli institusi, jerung dan bilis sudah lama membusuk tanpa penyelesaian tuntas.

Iklan
Iklan

Katanya, ia turut mewarnai hampir keseluruhan landskap serta suhu politik termasuk imej negara di mata dunia.

"Dalam kes semasa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kegagalan pihak berkuasa bertindak mengikut tuntutan undang-undang akan terus memburukkan tanggapan sedia ada, terutama dalam isu-isu berkait tahap profesionalisme dan mutu perkhidmatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, Hassan menegaskan dari segi undang-undang jenayah tiada istilah kes telah selesai walaupun mangsa membuat laporan polis kedua menyatakan bahawa kes selesai.

Beliau menjelaskan, apabila sesuatu laporan polis dibuat maka dokumen itu dipanggil first information report atau ringkasnya FIR.

Iklan

Hassan berkata, sebaik sahaja menerima laporan, jika kesalahan itu merupakan serangan fizikal ke atas diri seseorang dan merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan, maka tugas polis ialah memanggil pihak yang menyerang mangsa itu untuk disiasat.

Tambah Takiyuddin, kes jenayah terutama di bawah Kanun Keseksaan perlu disiasat dan diambil tindakan mengikut undang-undang sebaik sahaja laporan mengenainya dibuat walaupun pengadu asal enggan memanjangkan perkara itu.

"Ia bukan seperti kes sivil yang boleh dihenti dan diselesaikan pada bila-bila masa atas persetujuan bersama pihak-pihak terlibat.

"Justeru, PN sekali lagi menyokong penuh gesaan Hassan agar pihak polis meneruskan siasatan kes dan mengambil semua tindakan perlu mengikut undang-undang bagi memastikan hak dan kesejahteraan semua rakyat dihormati seutuhnya," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!