PRN Sabah: Siapa rakan gabungan PKR dibincang Ogos nanti

Iklan
Mustapha (duduk, tengah) dalam sidang akhbar di Tanjung Aru Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Perbincangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) berkaitan siapa rakan gabungan politik Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibincangkan dalam konvensyen yang diadakan pada Ogos depan.

Pengerusi MPN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud juga tidak menolak kemungkinan ada perbincangan berhubung rakan gabungan untuk menghadapi PRN17 dalam mesyuarat MPN Sabah.

Iklan
Iklan

"Mungkin antaranya (gabungan politik) tetapi kita akan mendengar sendiri pengarahan-pengarahan daripada pimpinan juga dan akan lihat sama ada sesuai atau tidak kita umumkan masa itu atau pun perlu lebih masa untuk berbincang perkara ini.

"Konvensyen dijadualkan pada bulan Ogos," katanya dalam sidang akhbar di sini pada malam Khamis.

Iklan

Jelas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud itu lagi, sebagai persediaan untuk menghadapi PRN, MPN Sabah akan mengadakan konvensyen parti terdiri daripada semua pimpinan dari setiap cabang di negeri ini.

"Ia akan melibatkan kira-kira 1,000 penyertaan dan di sinilah kita akan merangka garis-garis masa dan bagaimana kita memantapkan jentera-jentera kita di peringkat negeri ini.

Iklan

"Ramai juga pimpinan pusat akan turun, turut serta dan ini akan memulakan siri-siri kempen kita. Selepas itu kita akan pergi ke cabang-cabang untuk memantapkan jentera di peringkat cabang melalui jabatan pilihan raya negeri kita," katanya.

Sebelum itu, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi memaklumkan MPN Sabah turut mengadakan mesyuarat bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

"Kita akan memulakan mesyuarat pimpinan negeri bersama Datuk Seri Anwar dan saya fikir beliau akan memberikan amanat kepada kami semua bagaimana untuk mendepani cabaran pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Kehadiran Datuk Seri Anwar juga untuk menyatukan kedua-dua kelompok supaya kita boleh bergerak dan bersedia bersama untuk mengangkat kembali parti ini supaya bangkit dan diterima rakyat," katanya.

Sebelum itu, MPN Sabah bergolak apabila bekas pengerusinya sebelum ini Datuk Sangkar Rasam diminta berundur daripada jawatan beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!