Rangka kerja ESG-i bimbing PKS patuh syariah

Iklan
Zulkifli (tengah) ketika Pelancaran Kertas Kajian ISRA: Rangka Kerja Penilaian ESG-Islam untuk PKS berlangsung di Forum Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, ibu negara pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) melancarkan rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus Islam (ESG-i) yang pertama di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, rangka kerja ESG-I bertujuan untuk membimbing perniagaan tempatan, terutamanya pemula perniagaan dan Perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana (PKS) mematuhi objektif Maqasid Syariah serta piawaian etika pelaburan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ESG-I framework yang dilancarkan juga menggunakan kerangka Maqasid Syariah.

Zulkifli ketika berucap semasa Pelancaran Kertas Kajian ISRA: Rangka Kerja Penilaian ESG-Islam untuk PKS berlangsung di Forum Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, ibu negara pada Khamis.

"Kerangka maqasid Syariah untuk perlindungan ataupun pemeliharaan daripada aspek akal, diri, harta, agama dan sebagainya.

Iklan

"Jadi saya rasa ini merupakan satu pendekatan yang terbaik dan boleh menarik ramai pelabur," katanya selepas merasmikan Pelancaran Kertas Kajian ISRA: Rangka Kerja Penilaian ESG-Islam untuk PKS di Forum Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini, pada Khamis.

Zulkifli (empat dari kiri) ketika hadir merasmikan Pelancaran Kertas Kajian ISRA: Rangka Kerja Penilaian ESG-Islam untuk PKS berlangsung di Forum Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, ibu negara pada Khamis.

Beliau menambah,melalui rangka kerja tersebut, perniagaan yang dijalankan perlu mematuhi parameter utama iaitu manusia, planet, keuntungan dan juga prinsip.

Iklan

Universiti INCEIF, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan ISRA, akan bekerjasama dengan Ficus Capital untuk mendapatkan maklum balas dan idea daripada pelbagai pihak berkepentingan, dalam membangunkan Rangka Kerja ESG-i tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!