Dua kali dicekup khalwat di bulan Ramadan

Iklan
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu

Akibat tidak pernah serik, seorang penjawat awam dikenakan hukuman denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana didapati mengulangi kesalahan berkhalwat buat kali kedua bersama seorang janda.

KUALA TERENGGANU - Akibat tidak pernah serik, seorang penjawat awam dikenakan hukuman denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana didapati mengulangi kesalahan berkhalwat buat kali kedua bersama seorang janda.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia 32 tahun dari Batu Rakit, Kuala Nerus, turut berdepan hukuman sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Iklan
Iklan

Keputusan dibuat selepas dia yang masih bujang mengaku salah berkhalwat bersama pasangannya, 33, yang berstatus janda di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus, kira-kira jam 12.10 tengah hari, pada 21 Mei tahun lalu.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Iklan

Bagi kesalahan itu, dia boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar dihadapan Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof.

Iklan

Manakala pasangannya dari Gong Badak, Kuala Nerus yang turut mengaku salah atas pertuduhan sama dikenakan denda RM1,500 atau dua minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Sementara itu, dalam penghakimannya, Mohd Fakhruddin berkata, hukuman dikenakan terhadap lelaki itu kerana merupakan kesalahan kali kedua dilakukannya juga pada bulan Ramadan.

Jelasnya, sepatutnya dia menjadi contoh teladan, menjaga maruah dan keselamatan masyarakat dengan jawatan pekerjaan disandang sekarang tetapi dia mengkhianatinya.

"Diharap hukuman ini dapat memberi pengajaran yang berguna kepada kamu dan pengiktibaran kepada masyarakat agar tidak sesekali terjebak dan berani untuk melakukan kesalahan khalwat ini" katanya.