PUTRAJAYA - Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 sebanyak RM300 mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar mulai hari ini sehingga Rabu, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
"Pembayaran itu memanfaatkan hampir 3.8 juta penerima dan melibatkan penyaluran dana lebih RM1 bilion", katanya dalam satu kenyataan hari ini.