Seorang warga Palestin terkorban diserang polis Israel

Iklan
Puluhan orang awam mengusung mayat lelaki itu yang ditutupi bendera Palestin untuk dihantar ke sebuah hospital.

RAMALLAH - Seorang warga Palestin berusia 20 tahun terbunuh dalam serbuan dilakukan polis Israel di bandar Al-Bireh di Tebing Barat pada Khamis.

Polis sempadan mendakwa, pasukannya memasuki bandar yang berhampiran bandar Ramallah itu dengan tujuan untuk menangkap seorang 'suspek'.

Iklan
Iklan

Puluhan orang awam kemudian mengusung mayat lelaki itu yang ditutupi bendera Palestin untuk dihantar ke sebuah hospital.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pihak polis sempadan Israel, tentera mereka dikatakan bertempur dengan ratusan penduduk Palestin di mana sebahagian daripada mereka melemparkan bahan letupan dan bom api ke arah pasukan rejim itu.

Iklan

Menteri Kesihatan Palestin berkata seorang rakyat Palestin mati ditembak dan lima individu cedera dalam kejadian itu.

Dakwa rejim itu lagi, pasukan mereka melepaskan tembakan dan"meneutralkan" lima orang awam yang membahayakan nyawa mereka.

Iklan

Bagaimanapun, mereka berkata suspek telahpun ditahan. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!