Wajib tunai badal haji orang berharta meninggal dunia

Iklan
SUN HAJJ merupakan pelan takaful universal dengan perkongsian lebihan, anda boleh menyediakan diri untuk memenuhi kewajipan ibadah haji dari Sun Life Malaysia.

Langsaikan ‘hutang’ Allah sebelum pembahagian harta pusaka

ANTARA syarat wajib melaksanakan kewajipan haji termasuklah istito’ah atau kemampuan dari pelbagai sudut termasuk kewangan dan sihat, kecukupan bekalan yang ditinggalkan kepada ahli keluarga, sihat tubuh badan, selamat daripada rusuhan dan peperangan, aman perjalanan serta sampai gilirannya.

Bagaimanapun, kadangkala berlaku keadaan di luar jangka apabila seseorang itu meninggal dunia sebelum sempat menunaikan Rukun Islam kelima itu atau ditimpa sakit yang menyebabkan dirinya tidak mampu untuk ke Tanah Haram.

Iklan
Iklan

Apabila berlaku keadaan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab atas diri pesakit atau waris untuk melaksanakan badal haji menggunakan harta si mati.

Mengulas mengenai isu ini, pendakwah Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud menjelaskan, badal haji bermaksud upah mengerjakan haji kepada seseorang yang telah meninggal dunia.

Iklan

"Letakkan badal haji sebagai senarai keutamaan untuk kita selesaikan kerana ia merupakan ‘hutang’ mereka dengan ALLAH selain hutang mereka dengan orang lain,” katanya dalam program Podcast POV Sinar Islam Plus bertajuk ‘Persiapan Haji dan Badal Haji’ yang dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia, salah satu pengendali takaful keluarga yang terkemuka di Malaysia.

USTAZ MOHAMAD ZARIFI (kanan) membicarakan tajuk ‘Persiapan Haji dan Badal Haji’ dalam program Podcast POV Sinar Islam Plus dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia.

Iklan

Sun Life Malaysia melancarkan Kempen InsureLit untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang takaful sepanjang tahun.

Oleh sebab itu katanya, amat penting untuk umat Islam mempersiapkan diri mereka dengan membuat perancangan rapi dalam melaksanakan kewajipan ini ketika masih hidup.

"Antara persiapan yang perlu dilakukan (semasa hidup) termasuklah persiapan kewangan dengan cara menyimpan duit selain mendaftarkan diri di Tabung Haji.

"Selain itu, kita juga mesti mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan cara melakukan haji dengan mengambil kaedah dan petunjuk daripada sunnah yang ditunjukkan Rasulullah SAW," jelasnya.

Sebagai salah satu syarikat takaful yang paling dipercayai di Malaysia, produk Sun Life Malaysia Takaful diinspirasikan daripada lima prinsip Islam yang mendorong komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang sejajar dengan nilai-nilai Islam.

SUN LIFE MALAYSIA menawarkan produk pelan takaful Sun Hajj yang menawarkan perlindungan takaful jika berlaku kematian, hilang upaya kekal (TPD) kepada orang yang dilindungi.

Salah satu pelan takaful oleh Sun Life Malaysia Takaful yang menyokong keperluan Muslim dalam menunaikan kewajipan ibadah haji adalah Sun Hajj.

Sun Hajj ialah pelan takaful yang menawarkan perlindungan takaful jika berlaku kematian, hilang upaya kekal (TPD) kepada orang yang dilindungi.

Selain itu, antara manfaat yang bakal diperoleh melalui pelan Sun Hajj adalah seperti tambahan 100 peratus jumlah yang dilindungi jika berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh sewaktu menunaikan umrah atau haji.

Pelan ini memperuntukkan sehingga RM5,000 bagi manfaat badal haji yang dilaksanakan oleh pihak penyedia perkhidmatan yang berdaftar dengan Sun Life Malaysia Takaful dan jika kos tersebut kurang daripada RM5,000, lebihannya akan dibayar kepada penama atau penuntut yang sah.

Sebaliknya, jika penyedia perkhidmatan haji yang berdaftar tidak didapati atau kos badal haji melebihi daripada jumlah manfaat, nilai manfaat tersebut akan diberikan kepada penama atau pihak penuntut yang sah.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai produk Sun Hajj dan produk lain Sun Life Malaysia, layari www.sunlifemalaysia.com.