Pelaburan Google buka 26,500 peluang pekerjaan baharu

Iklan
Info grafik mengenai pelaburan Google sebanyak RM9.4 bilion di Selangor.

PELABURAN terkini syarikat gergasi teknologi Google sebanyak RM9.4 bilion di Selangor menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi pembangunan di negeri ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, pelaburan Google melalui pusat data dan Google Cloud Region membawa kesan berganda yang signifikan kepada pelbagai industri termasuk industri berkaitan semikonduktor.

Iklan
Iklan

Justeru, katanya, peluang pelaburan itu diharap dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.

"Bersama-sama dengan pengumuman Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC), ini akan meningkatkan lagi daya tarikan Selangor kepada 'talent pool' berikutan peluang pekerjaan berteknologi tinggi yang baharu sentiasa dicipta di Selangor," tambah beliau.

Iklan

Menerusi info grafik dikongsi Sze Han menunjukkan, sebanyak 26,500 peluang pekerjaan bakal disediakan menerusi pelaburan Google di negeri ini yang membabitkan nilai impak ekonomi RM15.04 bilion.

Google Cloud Region menyediakan infrastruktur awam berprestasi tinggi, analitik dan servis kecerdasan buatan (AI) dan Malaysia menjadi negara ke-11 Google membina pusat data.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!