Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara

Iklan
Hannah Yeoh

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh untuk melihat impak kewangan terhadap negara berhubung penganjuran Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Daripada sesi engagement dengan potensi sponsor semua itu, saya akan bawa balik maklum balas itu kepada jemaah menteri sebelum jemaah menteri buat satu keputusan sama ada nak teruskan atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Akaun Satelit Sukan di Menara KBS di sini pada Jumaat.

Pada masa sama, Hannah berkata, buat masa ini hanya Sarawak melahirkan rasa minat untuk menganjurkan Sukan SEA 2027.

Iklan
Namun, beliau berkata KBS perlu berlaku adil kepada negeri lain dengan terlebih dahulu membentangkan dan berbincang bersama mereka sebelum keputusan dibuat.

Dalam pada itu, Hannah menjangkakan perbelanjaan untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 memakan kos melebihi RM700 juta.

"Ini (RM700 juta) berdasarkan perbelanjaan Sukan SEA 2017 tapi sekarang sudah 2024 kemungkinan kos akan naik sebab itu kita kena buat engagement untuk dengar semua pihak,” katanya.

Iklan

Mesyuarat Ahli Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Mei 2022, sebulat suara bersetuju memberikan hak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Malaysia berikutan penarikan diri Brunei, manakala Thailand dan Singapura masing-masing diberi kebenaran menganjurkan temasya itu pada 2025 dan 2029.

Sukan SEA 2027 bakal menjadi kali ketujuh Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu, selepas menjadi penganjur pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!