KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (b) pada jam 9.20 pagi yang dikesan berlaku pada latitud 19.0 utara dan longitud 112.2 timur, kira-kira 235 kilometer ke timur laut Hainan, China.
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memberitahu, ribut itu bergerak ke arah utara dengan kelajuan tiga kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.