KPT mulakan langkah penuhi keperluan tenaga mahir

Iklan
Zambry Abd Kadir - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan langkah bagi memastikan graduan tempatan memenuhi keperluan tenaga mahir.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beberapa mesyuarat antara kementerian telah diadakan untuk memastikan perancangan dan penelitian jumlah sebenar tenaga mahir yang diperlukan khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta sebagainya.

Iklan
Iklan

"Kita semua sedia maklum kerancakan pelaburan langsung asing (FDI) yang sedang berlaku di dalam negara, maka adalah menjadi tanggungjawab kita.

"Tidak (hanya) tunggu dan lihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan KPT di sini, pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar ini mengenai kedudukan Malaysia yang kini muncul sebagai hub semikonduktor dunia.

Situasi itu sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.

Iklan

Tambah Zambry, kementerian mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan perancangan dan FDI akan datang memberi tempat kepada graduan tempatan.

Berdasarkan statistik KPT bilangan keluaran graduan aliran Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di universiti awam (UA), politeknik dan kolej komuniti menunjukkan peningkatan pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Di UA, seramai 73,275 graduan STEM dilaporkan pada tahun lalu manakala 21,322 graduan politeknik dan 7,471 dari kolej komuniti.

Pada tahun 2022, kadar graduan STEM di UA adalah 72,158, 31,967 (politeknik) dan 6,533 (kolej komuniti).

Sementara itu, Zambry berkata, Malaysia begitu aktif berada di landasan antarabangsa yang mahu menghantar pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

"Mereka (negara luar) juga mencari model terbaik daripada Malaysia di dalam bidang pendidikan untuk di bawa ke negara masing-masing.

"Ini merupakan pencapaian besar Malaysia di peringkat antarabangsa dalam tempoh enam bulan ini hasil daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa negara yang antaranya saya iringi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!