Peniaga makanan degil dikenakan tindakan

Iklan
Pegawai LHDN membuat pemeriksaan dokumen terhadap premis berkenaan.

SEREMBAN - Sudahlah beroperasi tanpa lesen, malah dikesan pula menggajikan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah.

Itu kesalahan dua premis makanan di daerah ini yang diperiksa dalam operasi bersepadu pelbagai agensi yang diketuai Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada petang Khamis.

Iklan
Iklan

Difahamkan pemiliknya telah pun diberi amaran dan disita barangan beberapa kali, namun masih berdegil menjalankan operasi.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, premis berkenaan antara empat yang diperiksa di tiga lokasi berasingan di daerah ini.

MBS mengambil tindakan menyita barangan premis yang beroperasi tanpa lesen.

Iklan

"Lokasi pertama di sebuah restoran di Pusat Komersial Bukit Blossom yang mana kami menyita peralatan mereka kerana didapati beroperasi tanpa lesen selain dikesan melakukan lima kesalahan lain antaranya iklan tanpa permit, binaan tambahan tanpa permit dan halangan awam.

"Pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga menahan seorang pekerja lelaki warga India dan tiga lelaki Myanmar kerana disyaki tiada dokumen sah," katanya pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, di lokasi kedua di Pusat Komersial Universiti, Seremban 3, tiga lelaki warga asing dipercayai pekerja restoran ditahan kerana melanggar peraturan imigresen.

Tambahnya, premis terbabit juga tiada lesen perniagaan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM1,200.

"Kita dah bagi masa mereka mohon lesen tapi nampaknya masih berdegil menjalankan operasi tanpa mengikut peraturan selepas mendapat balik peralatan mereka yang disita," katanya.

Masri berkata, pemeriksaan terakhir di dua premis di Pusat Komersial Oakland yang turut dikesan beroperasi tanpa lesen selain turut disyaki dimiliki warga asing.

"Seramai tiga lelaki dan wanita warga Thailand ditahan di premis pertama manakala premis kedua membabitkan dua lelaki Pakistan. Barangan dan peralatan mereka disita selain dikenakan kompaun bagi beberapa kesalahan lain," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!