Perancangan harta bagi anak tak sah taraf

Iklan
ANAK TAK SAH TARAF masih boleh memiliki harta bapa biologinya melalui wasiat atau hibah.

SOALAN:

Baru-baru ini viral tentang anak seorang artis tempatan membuat pengakuan bahawa dia adalah anak tak sah taraf dan lebih mengejutkan bahawa ibu dan bapa biologinya itu tidak pernah berkahwin.

Iklan
Iklan

Dalam kes ini, apakah perancangan harta sesuai untuk anak tak sah taraf?

JAWAPAN:

Iklan

Melihat kepada situasi di atas, jika anak tak sah taraf membuat penasaban melalui mahkamah, maka mereka berhak mewarisi satu sama lain melalui faraid.

Ada beberapa perancangan harta untuk mereka (anak-bapa biologi):

Iklan

1 - Bapa mewasiatkan harta tidak lebih satu pertiga.

Apabila anak tak sah taraf, maka hubungan bapa biologi ibarat orang asing yang tiada kaitan satu sama lain.

Oleh itu, wasiat satu pertiga kepada bukan waris dibenarkan syarak.

JIKA berlaku penasaban melalui mahkamah, anak berkenaan dikira sah taraf dan boleh mewarisi harta pusaka bapanya. Gambar hiasan.

2 - Bapa biologi boleh menghibahkan hartanya atau anak menghibahkan harta kepada bapa biologinya.

Ini kerana hibah dibenarkan kepada siapa sahaja termasuk waris ataupun tidak dan ia tidak ada had dalam pemberian.

Kesimpulannya, anak tak sah taraf boleh memiliki harta bapa biologinya dengan instrumen lain selain faraid yang memberi jalan keluar kepada si anak.

Jikalau berlaku penasaban melalui mahkamah, maka pewarisan melalui faraid berlaku.

USTAZ MUHAMMAD NUR HAFIDZ

***Ustaz Muhammad Nur Hafidz Abd Nasir merupakan Dai’e Mawarith Wasiyyah Shoppe Berhad