[VIDEO] Pemandu lori ais sambilan, tak mengaku cabul wanita

Iklan

MELAKA - Seorang pemandu lori ais sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pada Jumaat atas pertuduhan mencabul seorang wanita, Mac lalu.

S Kauiarsu, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 23 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Kauiarsu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Melaka, pada Jumaat kerana mencabul seorang wanita.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat meletak kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil, di sini, kira-kira jam 11.50 pagi, pada 13 Mac lalu.

Iklan

Berikutan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Roslan mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kauiarsu (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!