Lelaki dikhuatiri lemas, terjun Sungai Pahang ketika lari daripada polis

Iklan
Operasi SAR memasuki hari kedua. Foto Ihsan PDRM

BERA - [DIKEMAS KINI] Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Pahang ketika melarikan diri dalam serbuan polis di Kampung Serendang dekat Charuk Puting di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, ketika kejadian mangsa berusia 25 tahun bersama rakan-rakannya berada di sebuah rumah rakit.

Iklan
Iklan
Zulkiflee (tengah) turun padang melihat operasi SAR. Foto Ihsan PDRM

"Salah seorang adik-beradik mangsa telah menerima panggilan telefon daripada rakan mangsa mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi.

"Pengadu iaitu bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua dan sehingga jam 3 petang Jumaat, mangsa masih belum ditemui.

Mangsa dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Pahang di Kampung Serendang dekat Charuk Puting, Bera pada Khamis. Foto Ihsan PDRM

Sementara itu, Polis Pahang telah menahan 226 individu melibatkan 203 kes pelbagai kesalahan dadah sepanjang Ops Hawks di seluruh daerah bermula 28 hingga 30 Mei lalu.

Iklan

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, individu yang ditahan terdiri daripada 215 lelaki dan 11 wanita berusia 16 hingga 64 tahun.

Menurutnya, seramai 15 individu ditahan atas kesalahan bekalan dan pengedaran, memiliki (66 orang) dan kesalahan menggunakan dadah (145 orang).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!