Percutian di Pulau Kapas

Iklan
Orang ramai bersama ahli keluarga tidak melepaskan peluang untuk menikmati percutian di Pulau Kapas sempena cuti persekolahan.

Pulau Kapas masyhur sebagai antara destinasi pelancongan di persada dunia kerana keindahan dan keunikannya yang tersendiri hingga mengatasi populariti pulau peranginan lain di negara ini.

Pulau tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang, memiliki beberapa keistimewaan berbanding pulau lain yang menjadikannya begitu dekat di hati pencinta alam semulajadi.

Lokasinya yang tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang 'menggembirakan' bagi mereka yang mabuk laut kerana kebanyakan pulau lain di Malaysia mengambil masa antara 45 minit hingga sejam untuk sampai ke destinasi dan bagi golongan ini, Pulau Kapas adalah pilihan tepat destinasi percutian mereka.