Kehangatan PRK Sungai Bakap kian terasa

Iklan
Tinjauan Sinar Harian di sekitar Sungai Bakap pada Jumaat mendapati keadaan masih tenang dan terkawal malah belum ada sebarang bendera parti politik yang terpacak sebagai tanda persediaan PRK.

SUNGAI BAKAP - [DIKEMAS KINI] Meskipun tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap belum lagi bermula namun kehangatannya sudah semakin terasa dengan persiapan parti yang akan bertanding tidak lama lagi.

Tidak kurang juga sembang di kedai kopi dan perbincangan di media sosial mengenai parti manakah yang akan bertanding di kerusi Sungai Bakap pada PRK yang dijangka diadakan pada penghujung Jun atau awal Julai Nanti.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian di sekitar Sungai Bakap pada Jumaat mendapati keadaan masih tenang dan terkawal malah belum ada sebarang bendera parti politik yang terpacak sebagai tanda persediaan PRK.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Berbeza pula di laman sosial, tinjauan mendapati pelbagai tanda pagar atau # telah dilancarkan oleh pihak tertentu sebagai tanda seruan buat orang ramai untuk berkempen bagi meraih sokongan.

Iklan

Contohnya, Pas Pulau Pinang telah melancarkan #SgBakapKitaKekal dalam usaha memastikan kerusi yang disandang parti itu sebelum ini kekal menjadi milik Pas pada PRK Sungai Bakap akan datang.

Selain itu, terdapat juga kempen #jomkalihbagisama yang dipercayai digunakan oleh penyokong Kerajaan Perpaduan dengan harapan kerusi Sungai Bakap dapat dirampas semula oleh calon Pakatan Harapan yang sama di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Iklan

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya Zamri Latiff pada 24 Mei lepas.

Beliau berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.

"Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!