KEMAMAN - Penubuhan pusat penyedia latihan bertauliah, ZABSI Training Academy Sdn Bhd merupakan antara langkah penting dalam usaha meningkatkan pengetahuan serta kecekapan dalam bidang operasi pembersihan sekali gus memastikan alam sekitar yang mampan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mashitah Darus berkata, selain meningkatkan kompetensi profesional, pusat latihan itu turut mampu memainkan peranan aktif bagi menyokong agenda kelestarian alam sekitar negara.
"Program latihan yang dijalankan iaitu Certified Environmental Professional in Scrubber Operation (CePSO) dan Certified Environmental Professional in Bag Filter Operation (CePBFO) adalah program yang sangat relevan dan kritikal.
"Ini bagi memastikan prestasi sistem penggahar (scrubber) yang berkesan, pemantauan dan penyelenggaraan pencegahan operasi serta operasi sistem penapis beg yang lebih efektif selain mematuhi standard persekitaran yang telah ditetapkan.
"Saya yakin bahawa ZABSI Training Academy Sdn Bhd yang pertama ditubuhkan di Pantai Timur ini akan menjadi sebuah institusi latihan yang unggul dalam melahirkan golongan profesional berkemahiran tinggi dan kompeten dalam bidang tersebut," katanya.

Mashitah (tengah) dan Ir Ts Mohd Zainudin (kiri) masing-masing memotong reben simbolik perasmian ZABSI Training Academy Sdn Bhd.