Masalah bekalan air hanya sementara - AKSB

Iklan
Sinar Harian melaporkan lebih 200 penduduk membabitkan 40 keluarga di Kampung Gual Jedok dan Kampung Gual Kubur tertekan setelah berdepan masalah kekurangan air sehingga terpaksa mencari sumber air di madrasah dan masjid.

KOTA BHARU - Masalah ketiadaan bekalan air di Kampung Gual Jedok dan Kampung Gual Kubur, Tanah Merah yang membabitkan kira-kira 200 penduduk hanya bersifat berkala serta sementara sahaja.

Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan punca bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Batu Gajah serta air tandak bergraviti di Lata Tarung itu dibina sendiri oleh penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun kenyataan itu menyebut, permintaan bekalan air semasa yang tinggi berbanding penawaran dan nisbah kehilangan air terawat yang agak tinggi iaitu hampir 65 peratus antara punca bekalan air bersih di kedua-dua kampung tersebut terjejas.

Kata kenyataan itu lagi, penggunaan paip utama yang bersaiz kecil serta paip lama jenis Asbestos Cement (AC) dan kekurangan air tandak serta graviti air di Lata Tarung turut menjadi punca ketiadaan bekalan sumber itu.

Iklan

"Antara tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi bekalan air di kawasan itu ialah melaksanakan pakej penukaran paip di bawah Projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bermula dari LRA Batu Gajah hingga Tangki Air Batu, Layang Pepuyu yang melibatkan penukaran paip sepanjang 8 kilometer (km).

Sinar Harian pada Isnin melaporkan lebih 200 penduduk membabitkan 40 keluarga di Kampung Gual Jedok dan Kampung Gual Kubur dekat sini tertekan setelah berdepan masalah kekurangan air sehingga terpaksa mencari sumber air di madrasah dan masjid.

Iklan

Mereka mendakwa masalah itu mula serius sejak tiga bulan lalu apabila madrasah berhampiran dua kampung berkenaan mula kekeringan air dan tidak dapat menampung keperluan penduduk.

Selain itu, AKSB turut memaklumkan syarikat berkenaan dalam perancangan menaik taraf sumber bekalan air di LRA Batu Gajah daripada 2.7 juta liter sehari (JLH) kepada 12.5 JLH, serta membaik pulih loji yang lama seterusnya pembinaana LRA yang baharu berkapasiti 10 JLH.

"AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi itu dari masa ke masa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang www.airkelantan.com.my, MyAKSB, Facebook dan Instagram," katanya.