Sedia untuk Jualan Paling Wow 6.6 Lazada

Iklan

Jun telah tiba, dan ia merupakan bulan ‘syurga’, istimewa buat ‘kaki shopping’ apabila platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Lazada mengadakan Jualan Paling Wow 6.6 yang akan bermula pada 5 Jun pada jam 8 malam sehingga 8 Jun ini.

Sebagai jualan pertengahan tahun terhangat di Malaysia, Jualan Paling Wow 6.6 memberi pengalaman menarik pada harga serta diskaun yang menakjubkan meliputi pelbagai pilihan produk merangkumi pakaian, barangan rumah dan banyak lagi untuk dinanti.

Iklan
Iklan

Bagi peminat fesyen terkini, Jualan Paling Wow 6.6 menawarkan pelbagai jenama serta produk kecantikan ‘trend’ terkini seperti AVEDA, Beauty of Joseon, SKINTIFIC, dan L’Occitane dengan penjimatan hebat.

Malah, Lazada turut menawarkan 120 peratus bayaran balik (refund) berdasarkan harga barangan kepada pengguna yang menemui produk yang dijamin ‘Lowest Price Guarantee’ yang sama, dijual lebih rendah daripada Lazada.

Iklan

Beli bijak, jimat lebih!

Tidak cukup dengan itu, Jualan Paling Wow 6.6 menawarkan ‘Crazy Mega Brand Offer’ setiap hari kepada para pelanggan dengan diskaun sehingga 80 peratus. Bagi pembeli bijak, terdapat juga tawaran kejutan LazFlash yang muncul dalam tempoh singkat sahaja.

Iklan

Tawaran kejutan terhad ini memberi nilai luar biasa dengan penjimatan lebih besar sehingga 90 peratus pada produk berjenama ikonik dan global seperti Oppo, Ogawa, Xiaomi, Le Crueset, Trapo, DJI, Sony, Vivo dan banyak lagi.

Malah, para pengguna juga boleh mendapat diskaun sehingga 50 peratus semasa membuat pembelian produk sempena Jualan Paling Wow 6.6 melalui saluran LazCoins. Ganjaran besar seperti 660 LazCoins turut menanti mereka yang mendaftar masuk saluran itu setiap hari bermula 3 hingga 8 Jun.

Diskaun berganda

Memaksimumkan penjimatan semasa membeli-belah, para pelanggan boleh mengumpul baucar platform daripada kedai semasa Jualan Paling Wow 6.6 serta menggabungkannya dengan LazCoins dan LazCash supaya berbelanja dengan lebih cermat.

Pelanggan juga boleh mengumpul LazCash dan LazCoins dengan menyelesaikan pelbagai misi harian semasa membeli-belah, menulis ulasan, bermain permainan yang tersedia pada aplikasi mudah alih Lazada.

Semasa Jualan Paling Wow 6.6, terdapat juga permainan ‘Tap & Win’ yang boleh diakses menerusi saluran baucar yang mana para pelanggan boleh memenangi pelbagai hadiah. Malah, mereka juga boleh mengumpul kepingan teka teki dalam permainan itu untuk menebus barangan atau baucar termasuk hadiah utama pada 7 Jun ini.

Pada masa sama, pelanggan boleh berganding bahu dengan rakan-rakan bermain permainan papan Lazzie Star dengan menyelesaikan tugas serta mencuri tenaga pemain lain untuk menang dan seterusnya mengumpul lebih banyak LazCash.

Dengan tawaran tiada tandingan, jangan melepaskan peluang membeli-belah Jualan Paling Wow 6.6. Dengan jaminan pemulangan semula dalam tempoh 30 hari bagi pembelian di LazMall dan tujuh hari bagi pembelian para penjual di aplikasi mudah alih Lazada, tiada lagi kerisauan semasa membeli-belah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Paling Wow 6.6, hanya rujuk di aplikasi mudah alih Lazada atau layari www.lazada.com.my.