Penduduk lega pemilik kolam halalkan kelisa yang ditangkap

Iklan
Iskandar bersama seekor ikan kelisa bersisik emas.

KLUANG - Penduduk Kampung Tengah Renggam di sini, lega apabila pemilik kolam takungan ikan kelisa yang pecah Rabu lalu, menghalalkan ribuan ikan hiasan itu yang hanyut sebelum ditangkap orang ramai.

Tinjauan ke kampung berkenaan mendapati kebanyakan penduduk kampung kini tertumpu ke kawasan anak sungai dan parit yang dipenuhi ikan kelisa berkenaan.

Iklan
Iklan

Ia bagi menangkap ikan berkenaan sebelum dijual atau dibawa pulang sebagai ikan peliharaan atau dijadikan hidangan istimewa di meja makan.

Menurut seorang penduduk, Hasan Ramli, 65, pada mulanya, penduduk kampung memang tidak menyangka wujudnya kolam ikan besar yang menempatkan ikan kelisa di kampung berkenaan.

Hasan

Iklan

"Apabila tiba-tiba kolamnya pecah Rabu lalu, kami orang-orang kampung pergilah tangkap.

"Ada yang buat masak dan jual ikan yang mereka tangkap,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Rabu lalu, tular di media sosial apabila orang ramai menangkap ikan kelisa yang hanyut akibat kolam yang pecah.

Susulan itu Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid pada Khamis mengeluarkan kenyataan agar ikan-ikan berkenaan perlu dipulangkan kerana ia bukan hak orang ramai.

Bagaimanapun, pemilik kolam yang hanya mahu dikenali sebagai Ng pada Jumaat telah ikan-ikannya yang hanyut dan diambil orang ramai.

Antara ikan kelisa bersisik emas yang ditangkap.

Katanya, usaha bagi mendapatkan semula ikan-ikan berkenaan adalah mustahil dan rumit.

Bagi Iskandar Ismail, 27, dari Bandar Tenggara, dia datang ke kampung berkenaan setelah mendapat tahu ikan-ikan kelisa hanyut akibat kolam takungan pecah Rabu lalu.

Katanya, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menangkap ikan berkenaan.

"Saya berjaya tangkap dan bawa balik, memang sedap rasa ikan kelisa ini.

"Ikan yang hidup pula saya jual, tapi saya tak berani letak harga kepada pembeli walaupun tahu harganya pasti RM1,000 ke atas.

"Terima kasih kepada pemilik kolam yang menghalalkan ikan-ikan ini,” katanya.

Sementara itu bagi Naz Abd Rahim, 50, berkata, dia tertarik untuk sama-sama menangkap ikan berkenaan setelah diminta oleh kawannya kerana ada pembeli yang mahu membeli ikan-ikan berkenaan.

Naz cuba menangkap ikan-ikan kelisa yang memenuhi tali air sebelum dijual kepada peraih.

"Kes kolam pecah tu, saya tak ambil tahu sangat, tapi bila dah beberapa hari dan kawan pun minta tolong tengok, saya dapati memang banyak ikan kelisa ni.

"Jadi, daripada terbiar, lebih baik orang kampung ambil makan, daripada biar mati begitu sahaja. Terima kasihlah kepada pemilik yang menghalalkan ikan-ikan ni semua," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!