Houthi serang kapal pengangkut AS

Iklan
Yahya Saree. - AFP

SANAA - Kumpulan Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah sebagai tindak balas kepada serangan maut AS dan Britain ke atas Yemen pada Khamis.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree mengumumkan serangan ke atas kapal induk Eisenhower pada hari Jumaat selepas AS dan Britain menyerang beberapa kedudukan kumpulan itu di Sanaa yang mengorbankan 16 orang.

Iklan
Iklan

Akibat serangan AS dan Britain itu, sekurang-kurangnya 42 orang cedera dan sedang dirawat di hospital Hodeidah.

"Pencerobohan AS dan Britain tidak akan menghalang kami daripada meneruskan operasi ketenteraan untuk menyokong Palestin," kata pegawai Houthi, Mohammed al-Bukhaiti di platform X.

Iklan

Beliau turut memberi amaran bahawa kumpulan pejuangnya akan berjuang habis-habisan menentang sekutu Israel.

Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata pada X bahawa serangan terhadap 13 sasaran Houthi telah 'berjaya memusnahkan' lapan kenderaan udara atau dron di kawasan yang dikawal Houthi di Yemen dan Laut Merah. - Agensi

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!