Malaysia gagal pertahan kelebihan gol awal

Iklan
Fitri Saari antara penyumbang gol Speedy Tigers ketika berdepan Pakistan dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Piala Negara-Negara 2024. Foto: FIH

[DIKEMAS KINI] HASRAT skuad hoki negara menyingkap Kejuaraan Piala Negara-Negara 2024 dengan rentak kemenangan tidak kesampaian apabila diikat Pakistan, 4-4 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Gniezno, Poland pada Jumaat.

Anak buah Sarjit Singh bermula garang apabila memimpin perlawanan dengan ledakan tiga gol yang dijanakan penalti stroke Mohd Fitri Saari minit keempat, gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (m-7) dan pukulan sudut penalti Faizal Saari (m-11).

Iklan
Iklan

"Pemain-pemain melakukan beberapa kesilapan pada separuh masa kedua berikutan tekanan tinggi yang membuka ruang kepada pasukan lawan mengikat perlawanan.

"Dua suku pertama kita bermain dengan baik tetapi pada suku ketiga dan keempat, kita berada di bawah tekanan, mula melakukan kesilapan dan membenarkan Pakistan untuk menyamakan kedudukan. Komitmen pemain di atas padang baik tetapi kita kekurangan pengalaman.

"Saya gembira dengan prestasi pemain. Kita perlu mengurangkan kesilapan dan mengambil peluang menjaringkan gol. Kita perlu pulih dan fokus kepada perlawanan menentang Perancis,” kata Sarjit.


INFO

Iklan

PIALA NEGARA-NEGARA

(31 Mei hingga 9 Jun)

Iklan

Malaysia (ranking ke-13)

Perancis (ranking ke-9)

Pakistan (ranking ke-16)

Kanada (ranking ke-20)

KEPUTUSAN

Malaysia 4-4 Pakistan

JADUAL

AHAD (2 JUN)

Malaysia lwn Perancis, 9.30 malam

RABU (5 JUN)

Malaysia lwn Kanada, 9.30 malam

* Semua aksi dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Gniezno, Poland

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!