Malaysia dipelawa teroka pasaran baharu sumber ikan ke Ivory Coast

Iklan
Mohamad dan Sidi di Wisma Tani, Putrajaya pada Khamis.

SHAH ALAM - Malaysia dipelawa meneroka pasaran baharu pengeksportan sumber ikan ke Republik Côte d'Ivoire atau lebih dikenali Ivory Coast.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut dibincangkan ketika kunjungan hormat Menteri Sumber Haiwan dan Perikanan republik tersebut, Sidi Tiemoko Toure ke atas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Wisma Tani, Putrajaya pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Pertemuan sulung kedua-dua pemimpin ini membincangkan potensi kerjasama dua hala terutamanya dalam sektor perikanan mahupun akuakultur selain usaha bagi meningkatkan akses pasaran buatan Malaysia untuk dieksport ke Ivory Coast seperti produk nilai tambah dan makanan haiwan serta telur.

Mohamad ketika menyambut kedatangan Sidi di Wisma Tani, Putrajaya pada Khamis.

"Sidi memaklumkan bahawa ikan merupakan sumber utama protein di Ivory Coast dengan purata penggunaan 25 kilogram per kapita setahun. Beliau berharap supaya Malaysia dapat mengeksport lebih banyak sumber ikan kepada mereka dan mengalu-alukan kerjasama pertukaran pakar rujuk dalam sektor perikanan," katanya pada Jumaat.

Iklan

Turut hadir pada pertemuan berkenaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Azah Hanim Ahmad; Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain serta pegawai-pegawai KPKM dan Jabatan/Agensi di bawah KPKM.

Menurut kenyataan itu, Ivory Coast merupakan antara rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia selepas 54 negara Afrika yang lain.

Iklan

Ujarnya, data perdagangan bagi tahun 2023 merekodkan nilai eksport dari Malaysia ke Republik Côte d'Ivoire sebanyak RM527.26 juta dan usaha mengeksport sumber ikan ke Ivory Coast dijangka dapat melonjakkan nilai perdagangan Malaysia.

"Justeru, pertemuan ini adalah penting dalam meneroka peluang meningkatkan perdagangan di antara kedua-dua belah negara," katanya.

Turut hadir pada pertemuan berkenaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Azah Hanim Ahmad; Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain serta pegawai-pegawai KPKM dan Jabatan/Agensi di bawah KPKM.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta berharap kerjasama dua hala dapat dipertingkatkan lagi.

Mohamad turut menjemput Sidi ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 12 September 2024 serta mempelawa penyertaan pihak Republik Côte d'Ivoire dalam acara dwi-tahunan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!