Amaran ribut petir di tujuh negeri - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga Sabtu.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga petang Sabtu.

MetMalaysia berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang serta Alor Gajah di Melaka.

Iklan
Iklan

"Kawasan di Pahang yang turut terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan

"Selain itu, Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat) dan Negeri Sembilan (Port Dickson dan Rembau)

Iklan

"Amaran ribut petir yang dikeluarkan setakat jam 9.45 malam juga melibatkan Sarawak di Serian, Samarahan dan Betong (Pusa dan Betong),” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Iklan

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

"Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!