Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang jadi inspirasi

Iklan
Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Sumber: Facebook MTNP

PENDIDIKAN anak-anak merupakan keutamaan bagi setiap ibu bapa dan mereka tentunya ingin memberikan yang terbaik buat permata hati apatah lagi dengan dunia yang makin mencabar ketika ini.

Pendidikan sekarang bukan setakat mahukan sijil untuk mencari kerja, ibu bapa juga mahukan pembelajaran yang memanusiakan anak-anak mereka.

Iklan
Iklan

Jadi, ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah agama dengan harapan ia dapat membentuk jati diri yang teguh di samping kecemerlangan akademik.

Tambahan pula, pusat tahfiz kini menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam silibus mereka.

Iklan

Anak-anak di pusat pengajian itu pasti berjaya kerana mereka turut membawa roh al-Quran dalam jiwa.

Seperti baru-baru ini kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mencatatkan Gred Purata Sekolah 1.07 mata dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menjadi pencapaian cukup luar biasa kerana kali pertama pusat tahfiz muncul sebagai institusi paling cemerlang mengatasi sekolah elit lain apabila tersenarai di tempat pertama dalam 20 sekolah terbaik di Malaysia.

Iklan

Kejutan dilakar institusi milik penuh Yayasan Pahang itu turut mendapat pujian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berharap MTNP akan terus menjadi institusi pendidikan terbaik.

Kejayaan berkenaan membuktikan pelajar-pelajar menguasai bukan sahaja dalam aspek keagamaan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW tetapi juga akademik.

Justeru, buat tahfiz seluruh negara jadikanlah kejayaan itu sebagai dorongan menggapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.