Doktor ajak pesakit joget supaya cepat sembuh

Iklan
Aksi joget antara Dr Ari dan pesakit yang dirawatnya.- Agensi

PALEMBANG - Pelbagai cara dan kaedah digunakan oleh perawat bagi memastikan pesakit mereka cepat sembuh dan kembali sihat.

Selain memberi ubat kepada pesakit, dan menggunakan kaedah lain, seorang doktor yang bernama Dr Ari Sardito dari sebuah hospital di sini, menggunakan cara unik lain bagi mempercepatkan kesembuhan para pesakit yang dirawatnya.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, Dr Ari gemar mengajak mereka berjoget yang didakwanya sebagai satu cara membuatkan pesakit berasa bahagia dan nyaman ketika berada di hospital.

Malah klip video yang memaparkan dia dan pesakit sedang asyik berjoget menjadi tular di aplikasi TikTok.

Iklan

"Salah satu cara menghiburkan suasana di hospital ini, sekiranya mereka terhibur ia adalah salah satu ubat untuk mereka cepat sembuh," katanya.

Sementara itu aksi joget dia bersama pesakit yang tular itu menuai pelbagai reaksi daripada warga maya.

Iklan

"Seorang doktor yang sukar ditemui, beliau sungguh luar biasa, harap menjadi contoh kepada seluruh doktor di Indonesia," ujar seorang komentar.

Sementara itu seorang lagi berkata, negaranya memerlukan lebih ramai doktor sepertinya.

"Sekiranya seluruh negara ini ada doktor seperti beliau, insya-ALLAH makin kurang orang yang sakit di Indonesia," ujarnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!