Semua anggota perubatan Mercy Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah

Iklan
Keadaan di kem pelarian di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP

KUALA LUMPUR - Wisma Putra mengesahkan bahawa kesemua enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia telah berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka telah berlepas pulang, masing-masing pada 23, 24 dan 28 Mei 2024, manakala dua ahli terakhir berlepas pada 31 Mei 2024.

Wisma Putra turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa atas kerjasama dan komitmen penuh mereka dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sehingga mereka meninggalkan zon konflik.

Iklan

Kementerian Luar juga pada masa sama menggesa semua rakyat Malaysia agar mengelak daripada pergi ke mana-mana zon konflik.

Terdahulu, kementerian bekerjasama rapat dengan pihak-pihak di Qatar dalam usaha membawa pulang kesemua enam anggota perubatan Malaysia dari Mercy yang terkandas di Rafah sejak 1 Mei lalu.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!