Ibu bapa Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah untuk direman

Iklan
Zayn Rayyan

PETALING JAYA - Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.50 pagi pada Sabtu untuk direman.

Pasangan suami isteri itu yang memakai baju lokap berwarna oren akan direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan anak sulung mereka itu.

Iklan
Iklan

Permohonan reman akan didengar di hadapan Majistret Azura Mohd Saad.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Iklan

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Iklan

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!