[VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan direman tujuh hari

Iklan

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, tahun Disember lalu direman selama tujuh tujuh hari, di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.

Majistret, Ainaa Mohd Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Pasangan suami isteri itu yang berbaju lokap berwarna oren direman sehingga Jumaat ini.

Sebelum ini, mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.50 pagi Sabtu untuk direman.

Iklan
Zayn Rayyan

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan untuk mengikuti prosiding itu, memandangkan ia masih lagi di peringkat permohonan untuk siasatan.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Iklan

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!