Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM meninggal dunia

Iklan

KOTA KINABALU - Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner Datuk M Chandrasekaran, 56, meninggal dunia di sini awal pagi Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Chandrasekaran, meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas di sini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diperolehi, bapa kepada dua orang anak itu telah ke hospital tersebut sekitar jam 8 pagi tadi dan punca kematian masih belum dapat dipastikan.

"Saya dan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengucapkan takziah kepada keluarga," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Iklan

Chandrasekaran yang bertugas dengan PDRM sejak 1994, pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu antara 2014 hingga 2018. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan