11 peserta Karangkraf Sweep Challenge 2024 puas hati dapat rebut judul buku baharu

Iklan
Peserta selesai melaksanakan Karangkraf Sweep Challenge.

KUALA LUMPUR - 11 orang peserta yang menyertai Karangkraf Sweep Challenge 2024 berpuas hati dan seronok mendapatkan pelbagai judul buku baharu selain dapat melakukan penjimatan maksimum.

Menurut pelajar, Azah Misziedah Ramlee, 20, dia berasa senang hati apabila berjaya mendapatkan lima naskhah buku baharu dengan hanya membayar yuran penyertaan sebanyak RM20 sahaja.

Iklan
Iklan

Ujarnya, program tersebut bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga memupuk minat membaca dengan lebih baik.

Azah Misziedah Ramlee

"Saya daftar awal untuk Sweep Challenge ini dan kebetulan sebelum PBAKL, iklan ini ada lalu dekat TikTok saya dan tanpa berfikir lama terus daftar kemudian bayar RM20.

Iklan

"Pada hari ini memang saya rasa puas hati dapat rebut lima buku baharu. Tidak sia-sia saya berkunjung ke sini buat kali kedua,” katanya sewaktu ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Reruai Kumpulan Karangkraf di PBAKL menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk semua golongan masyarakat yang dijual pada harga serendah RM10 selain potongan harga sehingga 20 peratus kepada pelanggan.

Iklan

Pesta buku tersebut akan berlangsung sehingga 2 Jun depan dan reruai Karangkraf berada di tingkat tiga dan empat WTCKL.

Dalam pada itu, salah seorang peserta yang juga bekerja sebagai pembantu jualan, Siti Saidatul Akmal, 20, berkata, acara Karangkraf Sweep Challenge 2024 sangat berbaloi kerana mereka bebas mengambil buku tanpa melihat tanda harga.

Siti Saidatul Akmal

Tambahnya, sebagai pembaca setia, dia berharap acara seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap.

"Saya rasa sangat berbaloi sebab tidak perlu membayar harga penuh dan ambil sahaja tanpa tengok tanda harga.

"Ini kunjungan kali kedua dan pada hari ini saya ke reruai Karangkraf untuk dapatkan lebih banyak buku menarik,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Anis Syamila Abdul Halim berkata, sambutan diterima sangat luar biasa dan rata-rata peserta berjaya mendapatkan buku yang diingini dalam masa 15 saat.

Menurutnya, tiada had pengambilan buku tetapi al-Quran dan beberapa barangan cenderahati tidak termasuk dalam cabaran itu.

"Ini merupakan pembaharuan yang kita bawa sempena PBAKL tahun ini dan setiap peserta diberikan masa 15 saat untuk masukkan apa sahaja buku yang mereka mahu di dalam beg yang kita sediakan.

"Kami mahu pembaca seronok untuk membeli-belah dan dengan RM20 mereka boleh dapatkan pelbagai judul baharu buku terbitan daripada Karangkraf,” katanya.