El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik

Iklan
Tina melihat buah durian telah luruh sebelum mencapai usia matang kesan cuaca panas serta taburan hujan yang tidak menentu di kebun duriannya di Taman Rusa, Gua Musang. Foto Bernama

GUA MUSANG - Fenomena El Nino yang berterusan memberi kesan terhadap pengeluaran buah durian di daerah ini, malah pekebun menjangkakan berlaku peningkatan harga ekoran kekurangan buah pada musim ini.

Keadaan cuaca panas serta taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian menjadi kering malah buahnya cepat gugur sebelum mencapai usia yang matang.

Iklan
Iklan

Pengusaha kebun durian, Tina Chong, 45, berkata, untuk musim ini pengeluaran buah bagi 1,000 pokok duriannya mengalami kemerosotan sebanyak 70 peratus dari tahun lepas.

Tina menunjukkan isi musang king yang luruh sebelum mencapai usia matang kesan dari cuaca panas serta taburan hujan yang tidak menentu di kebun duriannya di Taman Rusa, Gua Musang. Foto Bernama

"Pengeluaran buah durian amat tidak memberangsangkan tahun ini, pokok-pokok yang biasanya berbuah daripada 300 sehingga 400 biji untuk satu musim juga dilihat hampir tidak dapat mengeluarkan buah langsung.

Iklan

"Semua pekebun terkesan dengan cuaca panas tahun ini, jadi saya rasa harga durian akan meningkat ekoran pengeluaran buah yang kurang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Fenomena El Nino yang berterusan memberi kesan terhadap pengeluaran buah durian di daerah ini. Foto Bernama

Tina yang mengusahakan pelbagai jenis durian seperti musang king dan durian kampung di kebun seluas lebih sembilan hektar berkata, harga bagi durian Musang King yang dapat dijual pada tahun lepas adalah antara RM35 sehingga RM80 sekilogram mengikut gred.

Iklan

"Keuntungan yang diperoleh tahun lepas sebanyak RM200,000 dengan kos penyelenggaraan RM400,000 setahun," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!