Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon Budi Madani

Iklan
Adnan (enam dari kanan) bergambar dengan penerima bantuan yang disediakan oleh Jabatan Perikanan.

BUKIT MERTAJAM - Penternak akuakultur digesa mendaftar dengan sistem GeoAgro sebelum membuat permohonan bagi program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adanan Hussain berkata, meskipun program bantuan itu mendapat respon kumpulan sasar, namun pendaftarannya masih lagi perlahan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini hanya 1,232 penternak akuakultur yang telah membuat permohonan bagi Budi Madani berbanding jumlah keseluruhan seramai 7,900 penternak yang berdaftar di kawasan semenanjung.

"Buat masa ini, pendaftaran agak perlahan walaupun ada respon yang diterima.

Iklan

"Jadi kita harap penternak di luar sana berdaftar dengan GeoArgo dan kemukakan maklumat yang perlu mengenai aktiviti dan akhirnya boleh mendaftar di Budi Madani yang membolehkan mereka menerima pelbagai insentif disediakan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival myAgroprenur (myAP) dan myKomuniti Perikanan (myKP) Zon Utara di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pengembangan Ikan, Khazlita Adzim Abdul Azizi dan Pengerah Perikanan negeri, Zarina Zainuddin.

Sementara itu, mengulas mengenai Banci Pertanian, Adnan berkata, bancian yang diadakan selama tiga bulan itu akan bermula 7 Julai depan sehingga 10 Oktober.

Katanya, Banci Pertanian itu meliputi semua subsektor di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

"Bagi sektor perikanan, ia meliputi tiga subsektor perikanan tangkapan yang melibatkan nelayan yang menangkap ikan di laut, subsektor akuakultur dan juga subsektor nelayan darat yang menangkap ikan di sungai, tasik serta lombong.

"Mengikut data, kita ada lebih kurang 49,000 bot penangkapan ikan berlesen dan diikuti dengan penternak akuakultur (21,000) serta nelayan darat (14,000) di seluruh negara.

"Jadi 84,000 kumpulan ini yang akan terlibat dalam bancian tersebut dan kita harap mereka memberi kerjasama penuh agar membolehkan kerajaan memperoleh data yang menyeluruh supaya gambaran lebih jelas mengenai sektor berkenaan dapat dicerap," katanya.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 1.6 juta pihak terlibat dalam sektor pertanian diliputi dalam Banci Pertanian 2024 yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bermula Julai depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!