Percaya dapat untung 20 peratus dalam 3 jam, peniaga roti rugi RM167,000

Iklan
Tertarik dan percaya dengan keuntungan hasil pelaburan yang disertainya, seorang peniaga kedai roti berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM167,000, baru-baru ini. Foto dijana oleh AI 123rf

JOHOR BAHRU – Tertarik dan percaya dengan keuntungan hasil pelaburan yang disertainya, seorang peniaga kedai roti berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM167,000, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Lim Jit Huey, mangsa pada mulanya memuat naik aplikasi ‘Tan Tan’ pada awal Mei 2024 dan berkenalan dengan seorang wanita dari luar negara.

Iklan
Iklan

Katanya, setelah dua minggu, wanita tersebut kemudian menawarkan pelaburan mata wang kripto dengan menjanjikan pulangan sebanyak 10 hingga 20 peratus daripada modal yang dillaburkan dan keuntungan akan diperolehi dalam tempoh tiga jam selepas transaksi pembayaran.

"Tertarik dan percaya dengan keuntungan yang dijanjikan pada pertengahan Mei 2024, peniaga kedai roti berkenaan membuat pembayaran ke beberapa akaun bank tempatan hingga mencecah RM167,000.

Iklan

"Selepas pembayaran dibuat, mangsa membuat semakan melalui pautan yang diberikan dan mendapati memang ada keuntungan daripada pelaburan sebelum ini.

"Mangsa kemudiannya diminta menghubungi suspek tetapi nombor telefon berkenaan disekat dan pautan diberikan juga sudah tidak wujud,” katanya.

Iklan

Mangsa mengesyaki ditipu oleh syarikat berkenaan dan membuat laporan polis pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tidak kurang satu tahun, dan tidak lebih dari 10 tahun dan juga dengan sebat atau boleh juga dikenakan denda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!