Bila JLo suruh 'kecek Kelate'

Iklan
JLo turut menggamit rakyat Malaysia dengan bahasa Melayu iaitu: "Apa khabar Malaysia?"

[DIKEMAS KINI] AKTRES terkenal Hollywood, Jennifer Lopez kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Atlas yang disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman berasaskan langganan, Netflix.

Dalam promosi filem itu yang disiarkan menerusi media sosial Netflix, Lopez atau lebih mesra disapa sebagai JLo, dilihat menguji kecerdasan buatan (AI) bernama Smith.

Iklan
Iklan

Apa yang menarik perhatian adalah JLo meminta Smith 'kecek Kelate' atau bercakap dalam dialek Kelantan.

"Kelantanese Malay (Melayu Kelantan)?" pintanya.

Iklan

Smith itu kemudiannya bercakap dalam dialek Kelantan dengan ayat:"Bo la kak wei, sapa bila nak tanya ni? (Cukuplah kakak, sampai bila hendak tanya?)"

Apa yang menarik perhatian adalah JLo meminta Smith 'kecek Kelate' atau bercakap dalam dialek Kelantan.

Biarpun dalam masa singkat, namun aksi itu telah menarik perhatian ramai.

Iklan

"Kelantan kita mendunia sekali..." tulis salah seorang warga maya.

"Bahasa Kelantan tu... Padu!" tambah seorang lagi pelayar.

Bukan sekadar meminta bercakap Melayu Kelantan, bintang berusia 54 tahun itu turut menggamit rakyat Malaysia dengan bahasa Melayu iaitu:"Apa khabar Malaysia?" dalam hantaran berbeza.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!