25 ahli Parlimen, 58 ADUN serah Surat Arahan MPT - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin

SHAH ALAM - Seramai 25 ahli Parlimen dan 58 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menandatangani Surat Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kesemua surat berkenaan telah dikembalikan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam tempoh 14 hari.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH SWT kerana semua wakil rakyat Bersatu yang kekal teguh menjunjung obor perjuangan suci parti ini telah berikrar untuk terus setia kepada parti demi membela agama, bangsa dan negara.

"Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi dibuat selaras dengan pindaan Perlembagaan Bersatu yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini serta menepati kehendak Perkara 49A

Iklan

Perlembagaan Persekutuan mengenai anti lompat parti," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Bersatu dilapor memberi tempoh 14 hari kepada ADUN dan ahli Parlimen parti itu untuk membalas dan menandatangani Surat Arahan MPT bermula 17 Mei dan berakhir pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mengingatkan ketidakpatuhan wakil rakyat Bersatu terhadap sebarang arahan yang dikeluarkan MPT disifatkan terhenti keahliannya secara serta-merta mengikut Fasal 10.4 Perlembagaan parti.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Khas Bersatu yang bertungkus-lumus menyempurnakan Arahan Khusus MPT ini secara tertib dan teliti (dan) menepati segenap lunas undang-undang," ujarnya.

Sebagai rekod, Bersatu mempunyai 60 orang ADUN di seluruh negara manakala ahli Parlimen seramai 31 orang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!