Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan 'lesap'

Iklan
Bagaimanapun hasil tinjauan Sinar Harian mendapati, akaun Instagram sudah tiada tetapi TikTok dan Facebooknya masih wujud. Gambar kanan: Tangkap layar hantaran terakhir ibu Zayn di Facebook.

SHAH ALAM - Berita mengenai penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia dipercayai dibunuh di Damansara Damai tahun lalu mengemparkan negara pada Sabtu.

Susulan daripada itu, akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok milik ibu kepada Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29 menjadi tumpuan netizen bagi melihat hantaran terkini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun hasil tinjauan Sinar Harian mendapati, akaun Instagram sudah tiada tetapi TikTok dan Facebook masih wujud.

Menjengah ke laman Instagramnya, akaun milik Ismanira juga sudah dinyahaktif manakala di TikTok akaun dia telah diletakkan mod privasi.

Iklan

Menerusi Facebook miliknya mendapati kali terakhir dia memuat naik hantaran pada 15 Februari lalu.

Ismanira sebelum ini dilihat aktif berkongsi mengenai anak-anaknya di TikTok dan Instagram termasuklah rantaian hantaran sedih mengenai kematian Zayn Rayyan.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pasangan berusia 28 tahun terbabit dipercayai ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor kira-kira jam 11 pagi Jumaat.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Dalam pada itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, siasatan ke atas ibu bapa Zayn dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, suami isteri itu ditahan berdasarkan hasil maklumat risikan dan siasatan dari hari pertama kejadian tersebut.

Pada 6 Disember lalu, kanak-kanak malang berusia enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.