Rekod pemandu bas Kelantan antara terbersih

Iklan
Hanif Yusabra (tengah) turut menyampaikan cenderahati kepada penumpang bas ekspres di Lembah Sireh semalam.

KOTA BHARU - Rekod pemandu bas ekspres di Kelantan antara yang terbersih apabila ujian saringan awal air kencing 100 dari kalangan mereka didapati bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Hanif Yusabra Yusuf berkata, ujian urin itu diwajibkan ke atas semua pemandu bas ekspres pada setiap hari sebelum mereka memulakan perjalanan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, sejumlah 100 pemandu yang diperiksa oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendapati kesemua mereka negatif dadah.

"Pada tahun lalu sejumlah 219 keseluruhan pemandu yang diperiksa dan hanya seorang sahaja didapati positif dadah,” katanya selepas Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2020 JPJ bersama AADK di Terminal Bas Lembah Sireh di sini malam tadi.

Iklan
Pemeriksaan tayar juga dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Operasi membabitkan 189 anggota (18 penyamaran) dan 29 kenderaan dari semua Bahagian JPJ Negeri, Cawangan dan Stesen Penguatkuasa.

Menurutnya, perkembangan positif itu dicapai hasil kawalan dan pemantauan ketat oleh semua pihak berkuasa yang terlibat selain inisiatif daripada pengusaha bas sendiri yang bijak memainkan peranan masing-masing dalam memastikan pemandu mereka sentiasa"bersih”.

Iklan

"Sebagai contoh Syarikat Bas Ekspress Perdana yang mempunyai Sistem Kawalan dalaman yang memantau tatakelakuan pemandu melalui pasukan penguatkuasa mereka sendiri.

"Pengusaha juga mengambil langkah meningkatkan tahap keselamatan penumpang dan pemandunya dengan penggunaan teknologi melalui perisian terkini seperti sistem GPS - Right On Track dan Fleet Managment System yang digunakan oleh Syarikat E-Mutiara mampu mengesan pergerakan serta kelajuan bas sekali gus memantau tatakelakuan pemandunya,” katanya.

Kaunter saringan air kencing yang dilakukan terhadap pemandu bas dan dikendalikan oleh pihak AADK.

Beliau berkata, pihak JPJ pula meneruskan penguatkuasaan ketat termasuk taktik penyamaran sebagai penumpang di dalam bas ekspres ke satu-satu destinasi sepanjang tempoh operasi yang berlangsung selama dua minggu.

"Operasi bermula pada 18 Januari (Sabtu) lalu mengesan dua kesalahan dilakukan dua pemandu berusia 30-an iaitu penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan memotong di garisan berkembar. Kedua-duanya diberikan notis saman.

"Operasi berterusan sehingga 2 Februari ini dan turut dikuatkuasakan adalah tarikh larangan pemanduan kenderaan barangan pada 23-24 Januari sebelum perayaan dan selepas sambutan Tahun Baharu Cina pada 27-28 Januari” katanya.

Tambahnya, JPJ memfokuskan kepada tujuh kesalahan utama iaitu tidak mematuhi lampu isyarat; memotong di garisan berkembar; penggunaan telefon bimbit semasa memandu; memandu di lorong kecemasan; memandu di lorong kanan secara berterusan; tali pinggang keledar dan memotong barisan.

"Penguatkuasaan bertujuan mengurangkan statistik kemalangan jalan raya yang rekodkan tahun lalu iaitu sejumlah 11,439 kes kemalangan dan 319 kes kemalangan maut yang melibatkan 356 kematian,” katanya.