JAKARTA - Polis Indonesia (Polri) telah menahan Chaowalit Thongduang, buruan paling dikehendaki di Thailand yang juga dikenali sebagai Sia Paeng Nanod, di Bali pada pagi Khamis selepas dia melarikan diri selama tujuh bulan.
Chaowalit yang mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram diberkas di sebuah apartmen di kawasan Badung.
Iklan
Iklan
"Dia dikehendaki oleh pihak berkuasa di Thailand,” kata Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Polri, Krishna Murti, dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, polis menahan dua warga tempatan di Sumatera Utara yang mempunyai kaitan dengan Chaowalit, yang pernah singgah sebentar di Medan kerana membantu pelariannya di Indonesia, termasuk menyediakan kad pengenalan palsu.
Menurut laporan Bangkok Post, Chaowalit sebelum ini melarikan diri dari sebuah hospital di Nakhon Si Thammarat pada 22 Oktober 2023 dan terlibat dalam serangan terhadap anggota polis Thailand. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Berkaitan