Bumbung rumah rosak akibat pokok tumbang, hujan lebat di ibu kota

Iklan
Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja pembersihan selepas sebatang pokok tumbang yang menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya berhampiran Bulatan Pahang, pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di sini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas ditimpa pokok tumbang susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam petang Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan kejadian yang berlaku di Jalan 2/48A Bandar Baru Sentul itu tidak melibatkan mangsa.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kejadian pokok tumbang juga berlaku di Jalan Kiara 1, Mont Kiara yang menghalang lalu lintas namun tidak melibatkan mangsa dan kenderaan.

Iklan

Terdahulu Bernama melaporkan terdapat pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang di sini menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan berkenaan. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!