Telan lalat ketika baca berita

Iklan
Kejadian itu turut dirakamkan secara langsung. Foto Agensi

BOSTON - Tindakan profesional pembaca berita di Amerika Syarikat (AS) ini wajar meraih pujian.

Menerusi klip yang menjadi tular di media sosial pada minggu lalu, Vanessa Welch yang sedang membaca berita dilihat menelan seekor lalat selepas serangga itu terjatuh dari bahagian bulu mata bawahnya.

Iklan
Iklan

Kejadian itu turut dirakamkan secara langsung dan Welch terus menjalankan tugasnya seperti tiada apa yang berlaku.

Rakaman video itu kemudiannya dikongsi menerusi platform X dengan kapsyen, pembaca berita Boston 25 News di Massachusetts selamba menelan lalat yang terbang ke mulutnya. Dia terus menyampaikan berita seperti biasa tanpa sebarang reaksi.

Iklan

Profesionalisme Welch menerima pujian kebanyakan pengguna media sosial.

"Tidak semua orang mampu bertindak sepertinya. Ia adalah momen yang tidak akan dilupakan," kata seorang warganet.

Iklan

Seorang lagi pengguna media sosial menyifatkan ia sebagai gabungan perkara buruk dan baik.

"Beliau wajar dapat kenaikan gaji. Dia langsung tidak terganggu dengan insiden itu. Itulah deontologi profesion!" ujarnya.

Tetapi, ada juga warganet yang mendakwa objek hitam itu sebenarnya bulu mata palsu yang tertanggal, namun tiada sebarang pengesahan dibuat. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!