Hafaz al-Quran beri kelebihan

Iklan
Ammar Zafran (tiga dari kiri) melihat keputusannya bersama bapanya, Ziyauddin (dua dari kiri) dan ibunya, Asmaniza (empat dari kiri) serta ahli keluarga lain ketika pengumuman keputusan SPM baru-baru ini.

ALOR SETAR - Amalan menghafaz al-Quran menjadi rahsia kejayaan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah meraih 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

Ammar Zafran Ziyauddin, 17, meraih A bagi subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Maharat Al Quran, Hifz Al Quran, Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan.

Iklan
Iklan

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) SMK Agama Kedah membantu dirinya memperoleh keputusan cemerlang itu.

"Pihak sekolah menyediakan jadual pembelajaran yang fleksibel, sekali gus membolehkan saya tumpu pada al-Quran dan akademik dengan cara terbaik

Iklan

"Saya ambil masa dua tahun hafaz al-Quran dan ia beri kelebihan kepada saya untuk fokus sepenuhnya kepada subjek akademik,” katanya pada Jumaat.

Jelasnya, dia juga pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Hafazan Al Quran kategori 30 juzuk sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat kebangsaan dan ia memberi kelebihan kepadanya untuk skor dalam subjek Tahfiz.

Iklan

Ammar Zafran menyifatkan kejayaan diraih amat berbaloi dengan usaha gigihnya selama ini termasuk mengulang kaji sehingga lewat malam.

Dia yang berasal dari Changlun berpandangan, pelajar juga perlu menjaga hubungan dengan ALLAH SWT dan sesama manusia.

Menurutnya, seseorang itu perlu segera meminta maaf sekiranya berbuat salah.

Tambahnya, ibu bapanya iaitu Ziyauddin Mohamad dan Asmaniza Yop merupakan motivasi terbesar kepada dirinya.

"Saya juga tak lupa jasa guru dan pihak pengurusan sekolah yang sanggup turun padang untuk memberi suntikan motivasi kepada pelajar SMK Agama Kedah,” katanya yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Jordan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!