Muhammad Zarif Najmi solat pada awal waktu, pilih rakan yang baik

Iklan
Muhammad Zarif Najmi (duduk, kanan) ketika mengambil keputusan peperiksaan SPM 2023 di sekolahnya baru-baru ini.

IPOH - Solat fardu pada awal waktu antara faktor kejayaan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023.

Muhammad Zarif Najmi Zulkifli, 18, berkata, hubungan dengan ALLAH SWT perlu dijaga dengan baik bagi memastikan segala suruhan-Nya dilaksana dengan penuh tanggungjawab tanpa bertangguh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bukan itu sahaja, memilih rakan-rakan yang baik juga menjadi pendorong untuk dirinya meningkatkan motivasi untuk belajar sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Muhammad Zarif Najmi (dua dari kiri) bersama tiga rakan baiknya yang turut beroleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM 2023.

"Tidak lupa juga dorongan ibu bapa yang sentiasa memberikan kata-kata semangat. Kita kena pilih kawan-kawan yang betul untuk bantu lonjak motivasi dalam belajar. Alhamdulillah, semua tiga rakan baik saya dapat semua A dalam setiap mata pelajaran,” katanya pada Jumaat.

Iklan

Muhammad Zarif Najmi berkata, amalan membaca al-Quran dan berpuasa sunat juga amat membantu dalam memberikan ketenangan ketika menuntut ilmu.

Jelasnya, dalam menuntut ilmu, niat juga perlu dibetulkan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!